"IA satu persaingan yang sengit..."
Demikian luah penerbit dan pemuzik, Alvin Wee selepas menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengondol kemenangan dalam Anugerah Cinema Audio Society (CAS) 2022 di pentas Hollywood.
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto.
Berkongsi kejayaan itu kepada The Borneo Post, Wee yang berusia 34 tahun menyifatkan ia sebagai satu pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama seluruh pasukan Encanto.
"Ia adalah persaingan yang sangat sengit dan individu yang bersaing adalah mereka yang terbaik yang ditawarkan oleh industri. Jadi, saya tidak mengambil mudah (pencalonan peserta lain).
"Kami tahu satu perkara yang kami lakukan ialah kerjasama daripada semua pasukan, di mana saya percaya ia sesuatu yang jarang dapat dilakukan," ujarnya memetik laporan portal tersebut pada Isnin.
Dalam masa yang sama, Wee menganggap pencapaiannya itu sebagai kemenangan buat rakyat Malaysia yang memperjuangkan industri kreatif.
Beliau juga berharap kejayaan tersebut mampu memberi motivasi kepada generasi muda dalam industri kreatif.
"Saya mahu setiap orang, terutamanya mereka yang bermula dalam industri kreatif dan mungkin mempunyai akses yang sangat sedikit kepada sumber dan teknologi, tahu bahawa ada laluan ke arah masa depan dan mereka semua harus terus berjalan," ujarnya.
Anugerah CAS mengiktiraf runut bunyi terbaik yang dihasilkan dalam filem dan televisyen.
BACA: Anak kelahiran Sarawak Alvin Wee cipta sejarah tembusi Hollywood
Wee mula bergiat dalam pengadunan latar muzik selepas menamatkan pengajian dalam jurusan program muzik di salah sebuah universiti di Boston, Amerika Syarikat (AS).
Perjalanan karier Wee semakin menyerlah apabila berpeluang menjadi pembantu penerbit dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Bruno Mars, Katy Perry, Rihanna dan Beyonce.
Antara sentuhan magis beliau termasuk filem seperti Kingsman 2: The Golden Circle, Kung Fu Panda 3, The Zookeeper’s Wife, 13 Hours: The Soldiers of Benghazi dan Eddie the Eagle.
Astro Awani
Mon Mar 21 2022
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto - Foto IG weethewalrus
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Tahniah! Alvin Wee, anak kelahiran Sarawak pertama menang anugerah di pentas Hollywood
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu berjaya memenangi kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto.
Anak kelahiran Sarawak Alvin Wee cipta sejarah tembusi Hollywood
Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu dicalonkan dalam kategori Pencapaian Cemerlang Adunan Bunyi bagi hasil karyanya dalam siri animasi Disney, Encanto.